
Dana ini akan disalurkan kepada Pondok OKU atau disebut PONDOKU adalah satu usaha dakwah yang dipelopori oleh
PERTUBUHAN KEBAJIKAN OKU MUSLIM (PPM-016-10-14092018).
Ikuti liputan oleh Majalah 3 pada 19hb April 2021
Liputan oleh RTM : Dokumentari Memberi Tanpa Sempadan (klik di sini)
Dalam banyak situasi, keluarga yang inginkan anak istimewa ini terjaga tidak hanya menjaga jasad mereka malah penekanan utama adalah usaha penjagaan tentang kerohanian mereka. Perkara ini menjadi teras utama program di sini dan motto kami adalah "Pondok Spiritual OKU Muslim"
Model rumah aktiviti OKU Muslim ini
boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja diperlukan. Jadilah ahli masyarakat yang menyayangi sesama makhluk. Dari masa ke semasa kami akan mengadakan latihan secara praktiokal bagi anak-anak istimewa secara one off.
Menurut model PONDOKU, dicadangkan setiap
rumah atau pondok hanya memuatkan 5-10 orang warga dan premis mesti berdekatan
dengan surau atau masjid sesuatu tempat. Kewujudan mereka bukan sekadar meminta kebajikan, makanan dan pakaian sahaja kerana itu hanya untuk jasad mereka. Perihal kerohanian mereka perlu diisi.
Oleh itu SEDEKAH RAMADHAN anda akan membantu bagi menambah lagi jumlah rumah atau usaha ini. Jika kita tidak dapat usahakan untuk semua anak-anak istimewa ini, jangan pula kita tinggalkan mereka semua. Marilah bersama membantu mereka.
Bagi yang ingin menyumbang kepada usaha ini, boleh ikuti pilihan dibawah. Pastinya Allah memberi lipat kali ganda ganjaran atas apa yang kalian infaqkan. InsyaAllah dengan barokah Ramadhan ini, ia akan lebih digandakan.
Kami ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat menyokong usaha ini.