SEDEKAH SUBUH


SEDEKAH SUBUH

Tausiyah viral dari al-Marhum Syeikh Ali Jaber



  • CADANGAN TATACARA SEDEKAH SUBUH

    • Bersedekah selepas solat subuh sebelum syuruk
    • Di tabung masjid atau tabung sedekah subuh di rumah masing-masing
    • Disertakan doa pada hari tersebut (Doakan ibu bapa, hajat dan lain-lain)




SEDEKAH merupakan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya kepada seluruh umat muslim. Kerana di dalam rezeki kita terdapat hak orang lain yang harus diinfakkan atau disedekahkan. Apalagi kalau kita sedekah subuh, sangat banyak keistimewaan yang dijanjikan.


Jika kalian tahu keistimewaan sedekah subuh, dijamin kalian tidak akan menyia-nyiakan waktu berharga tersebut selain untuk ibadah.  Harta yang disedekahkan sebenarnya tidak akan berkurang, kerana Allah SWT yang akan menganugerahkan kepada orang tersebut kemuliaan, keberkatan dan rezeki yang tiada disangka-sangka.


Allah SWT menjanjikan fadhilah di balik kedermawanan seseorang yang rajin berinfaq

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya, “Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-


baiknya.” (Surah Saba’ ayat 39)


Bahkan dalam sebuah hadits Nabi SAW menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di subuh hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا
(وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(Hadis Riwayat Bukhary 5/270)


Sesiapa yang bersedekah di subuh hari malaikat akan mendoakan kelapangan rezeki yang memang sangat kita perlukan untuk memperlancar ibadah, amal soleh, dakwah dan jihad kita di dunia.


Dan jangan biarkan ada satu pagipun yang berlalu tanpa bersedekah sebab itu sama saja kita mengundang kerosakan dalam hidup sebagaimana doa malaikat yang satunya di setiap pagi hari.


Biasakan sedekah subuh walaupun itu cuman seringgit atau dua ringgit, tetapi jika dlakukan dengan istiqamah kerana disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah SWT


Oleh itu amalankan sedekah diwaktu subuh. Untuk kaum muslimin yang pergi kemasjid atau surau untuk solat subuh masukkan sedekah kalian ditabung- tabung masjid. Untuk para muslimat yang tidak solat subuh dimasjid atau surau sediakan satu tabung dipanggil ” tabung sedekah subuh” sebelum/ selepas solat atau sebelum syuruk. 


Sedekah yang diberi akan digunakan bagi kerja-kerja dakwah bagi pembangunan OKU masalah pembelajaran remaja/ dewasa.


Amalan mulia ini InsyaAllah akan membantu kita menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi, jadi usahakan sedekah subuh walaupun sedikit-sedikit tapi istiqamah kerana Allah mencintai amalan yang diredhaiNya.  Seperkara yang sering dilupakan adalah berdoa 





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
Sumbangan Ikhlas Tabung Pondok OKU
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila menginfaqkan sumbangan berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel info@pondoku.org.my di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPERTUBUHAN KEBAJIKAN PONDOK OKU
No. Akaun14171010011459
Buka Bank Islam IB  

Hubungi PONDOKU..